Post by tuan tanah on Oct 17, 2008 11:13:03 GMT 8
Remaja 1 “Kau darimana ni, banyaknya darah?”
Remaja 2 “Baru balik bersalin kat hujung kampung tadi”
Remaja 1 “Mana baby, lelaki ke perempuan?”
Remaja 2 “Aku buang dalam semak tu selepas aku beranak tadi. Aku pun tak tahu lelaki ke perempuan. Lantak la, nanti kalau ada orang jumpa mesti tahu jantinanya tu. Eh! kau pun dah bersalin ke?”
Remaja 2 “Ha’ah, aku pun dah selamat minggu lepas”
Remaja 1 “Habis tu, mana baby kau?”
Remaja 2 “Aku pun dah buang jugak tapi aku buang dalam sungai. Kat sungai lagi senang, kalau buaya nampak mesti dia makan punya. Biar anak aku tu hilang terus daripada dijumpai orang”
Remaja 1 “Betul la kau, aku pun tak terfikir macam tu. Tak apa, nanti bila aku dapat baby haram lagi, aku pun nak buang kat dalam sungai”
Remaja 2 “Aku pun sebenarnya dah empat kali buang baby aku. Nak buat macamana, baby tu haram, nanti mak bapak aku marah”
Apabila terbaca berita tentang Kambing Berebut Mayat Bayi, saya cuba menganggap bahawa kambing-kambing ini juga sudah tentu terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam beg plastik hitam/sampah. Hinanya manusia kerana berperangai lebih buruk daripada binatang.
Kes seperti ini sudah dibincangkan panjang tetapi kesnya semakin menjadi-jadi. Apa resolusinya? Buatlah bermacam-macam cadangan dan tindakan tetapi apabila ianya bukan hukum daripada Allah maka ia akan tetap akan berleluasa.
Kerajaan juga tidak serius untuk mencari punca penzinaan yang membawa kepada pembenihan anak-anak haram ini. Gejala sosial tidak dibenteras dan program hiburan sudah menjadi kewajipan untuk diadakan bagi menghibur generasi anak muda sekarang.
Cukuplah, kembalilah kepada Islam. Hanya Islam sebagai penyelamat ummah