Post by tuan tanah on Sept 20, 2008 8:44:55 GMT 8
Hak Muslim: Wanita ada hak tuntut mas kahwin walau bercerai
Surat Perakuan Nikah negeri iktiraf pemberian hak mutlak, tak boleh
diambil kembali
APAKAH yang dimaksudkan dengan mas kahwin. Berapakah jumlah mas
kahwin yang disarankan Islam dan jika suami masih belum menjelaskan
mas kahwin sehingga kami bercerai, adakah saya masih boleh
menuntutnya. Bagaimanakah prosedur untuk menuntutnya.
Hasnah,
Shah Alam
Mas kahwin ialah pemberian yang wajib daripada lelaki kepada
perempuan dikahwininya sama ada sebelum, sesudah atau pada waktu akad
nikah dilakukan dan ia tidak dapat digantikan dengan pemberian lain.
Kewajipan itu dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah yang
bermaksud: "Berikanlah kepada perempuan itu mahar (mas kahwin)
sebagai satu pemberian dengan penuh kerelaan." (Surah an-Nisa, ayat
4)
Pemberian mas kahwin kepada perempuan yang dikahwini adalah sebagai
tanda gembira hati seorang lelaki menerima pasangan hidupnya dengan
penuh rela dan berlapang dada. Mas kahwin boleh diberi dalam bentuk
wang, barang kemas dan sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah mas kahwin walau dengan
sebentuk cincin besi sekalipun."
Islam tidak menentukan kadar bagi pemberian mas kahwin. Ia bergantung
kepada adat sesuatu masyarakat. Namun, Rasulullah SAW menyatakan
sebaik-baik mas kahwin adalah yang tidak membebankan pengantin
lelaki. Diriwayatkan Ibnu Abbas, Baginda SAW bersabda yang
bermaksud: "Mas kahwin yang terbaik ialah yang teringan."
Islam menggalakkan pihak keluarga wanita tidak meletakkan mas kahwin
yang tinggi dan membebankan lelaki. Selain itu, dapat mengelakkan
lelaki terbabit dengan hutang dan masalah kewangan selepas berkahwin.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya wanita yang
terbaik ialah yang paling ringan mas kahwinnya."
Di setiap negeri sudah ditetapkan jumlah mas kahwinnya dan jumlahnya
adalah munasabah serta wajar. Contohnya, kadar mas kahwin di Selangor
ialah RM80 bagi anak dara dan RM40 bagi janda, manakala di Perak
sebanyak RM101. Kebanyakan negeri membezakan antara mas kahwin dan
hantaran. Cuma Kelantan saja yang menyebut hantaran sebagai mas
kahwin.
Oleh kerana mas kahwin ialah pemberian yang wajib, untuk mengelakkan
timbulnya masalah pada kemudian hari, ia dijadikan sebagai peruntukan
undang-undang. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor, Seksyen
21 memperuntukkan bahawa:
"Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau
wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang
menikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua saksi lain.
Pendaftar hendaklah mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak
didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan nilai dan butir lain mas
kahwin, nilai dan butir pemberian, nilai dan butir lain apa-apa
bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang dijanjikan,
tetapi tidak dijelaskan pada masa akad nikah itu dan tarikh yang
dijanjikan untuk penjelasan dan butir cagaran diberi bagi menjelaskan
mas kahwin atau pemberian."
Dalam Surat Perakuan Nikah negeri ada ruangan catatan nilai mas
kahwin dan pemberian lain. Tujuan peruntukan itu diadakan ialah
supaya mas kahwin dan pemberian daripada pihak lelaki kepada pihak
perempuan diiktiraf menjadi pemberian mutlak dan tidak boleh diambil
kembali oleh pihak lelaki, walaupun berlaku perceraian seperti
diperuntukkan dalam Seksyen 59, enakmen sama bahawa: "Tiada apa-apa
juga yang terkandung dalam enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak
yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah hukum syarak terhadap
mas kahwinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian
daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan."
Dalam hal ini, jika perkahwinan sudah dibubarkan atau perceraian
berlaku, tetapi pihak lelaki masih belum menjelaskan mas kahwin, maka
ia dianggap sebagai suatu hutang. Ia boleh dituntut oleh pihak
perempuan menerusi tindakan mahkamah syariah.
Caranya, puan boleh memfailkan tuntutan di mahkamah syariah tempat
puan tinggal, untuk menuntut kembali mas kahwin yang belum dibayar
itu. Saman akan diserahkan kepada bekas suami untuk hadir dan
menjawab tuntutan berkenaan. Jika bekas suami membantah, maka
mahkamah boleh membicarakan dan memutuskannya.
Jawapan disediakan Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(PGSM) Tuan Musa Awang. Sebarang komentar boleh dihantar ke
excopgsm@yahoo. com.