Post by tuan tanah on Sept 15, 2008 23:26:15 GMT 8
Dalam mempelajari bahasa Inggeris kita mungkin sering tertanya-tanya apakah topik-topik yang perlu kita pelajari untuk sekurang-kurangnya dapat menguasai asas bahasa Inggeris. Begitu juga apabila kita sendiri ingin mengajar anak-anak kita bahasa Inggeris atau kita ingin menghantar anak-anak kita ke kelas tuition bahasa Inggeris. Apakah topik-topik yang perlu dipelajari terlebih dahulu untuk mengukuhkan fundamentals atau asas kita dalam bahasa Inggeris?
Dalam bahasa Inggeris, secara amnya ada LAPAN aspek atau topik dalam bahasa Inggeris ASAS yang perlu anda pelajari secara menyeluruh untuk memastikan yang anda dapat menguasai FUNDAMENTALS OF ENGLISH GRAMMAR. Lapan topik ini ialah :-
1. Nouns
2. Pronouns
3. Adjectives
4. Verb
5. Adverb
6. Preposition
7. Conjunction
8. Articles
Dalam topik kali ini kita akan melihat tentang Nouns.
1. Nouns
1.1. Function of Nouns - Apa fungsi Nouns?
Dalam topik ini anda perlu tahu apakah kegunaan nouns dan untuk apa anda perlu gunakan nouns. Jika anda ingin pastikan yang sesuatu perkataan itu adalah nouns, anda boleh rujuk kepada kamus anda. Pastikan yang kamus anda adalah kamus yang komprehensif dan ada menyenaraikan apa jenis perkataan dalam kamus itu.Nouns
i. Orang - seperti Ali, Siti, student, teacher, boy dan sebagainya
ii. Tempat - seperti Kuala Lumpur, office, house, city
iii. Benda - seperti car, phone, computer
iv. Haiwan - seperti Garfield, King Kong, cat, dog
v, Abstrak - Untuk menamakan perasaan, keadaan, situasi seperti anger, sadness,
wisdom, happiness dan sebagainya
1.2 Common Nouns and Proper Nouns - Kata Nama Biasa dan Kata Nama Khas
Common nouns merujuk kepada nouns yang ditulis dengan huruf kecil manakala Proper Nouns pula ialah Kata Nama Khas seperti Putrajaya, Ahmad, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sebagainya yang perlu ditulis menggunakan huruf besar.
1.3 Count - Countable Nouns and Uncountable Nouns - Kata Nama Boleh Dikira dan Kata Nama Tidak Boleh Dikira
Countable nouns ialah nouns yang boleh dikira dan mempunyai bentuk plural untuk menunjukkan bilangan yang lebih dari satu seperti:-
1. one car - two cars
2. a child – many children
3. a thief – several thieves
4. one bus – a couple of buses
Uncountable Nouns pula ialah jenis Nouns yang tidak boleh dikira dan tidak boleh ditambah ’s’ ‘es’, ‘ies’ dan ‘ves’ dihujungnya walaupun jumlahnya banyak.
Uncountable nouns ini akan menggunakan Adjectives of Quantity untuk menunjukkan kuantitinya seperti ‘too little sugar’ dan ‘too much sugar’. Lain-lain hal yang perlu anda ingat ialah :-
1. Uncountable Nouns tidak digunakan dengan articles ‘a’ dan ‘an’
Some fruit dan bukannya a fruit
2. Tidak digunakan dengan nombor untuk menunjukkan kuantiti.
A lot of furniture dan bukannya three furniture.
3. Hanya boleh digunakan dengan nombor jika nombor itu digunakan untuk merujuk kepada bekas atau container untuk menyimpan Uncountable Nouns itu.
Three cups of coffee dan bukannya 3 coffee.
Two botlles of water dan bukannya 2 water.
1.4 Plural and Singular Nouns - Kata Nama Majmuk dan Kata Nama Tunggal
Plural nouns ialah nouns yang boleh dikira dan oleh itu boleh ditambah ’s’ atau ‘ies’, atau ‘es’ , ‘ves’ dan sebagainya untuk menunjukkan bilangan yang lebih dari satu. Lain2 bentuk Plural nouns ialah :-
1. Irregular – Bentuk plural melibatkan perubahan ejaan seperti child – children, mouse –mice, man –men.
2. Tidak bertukar bentuk – one sheep–many sheep, a fish–several fish.
3. Memang dalam bentuk plural –Untuk benda-benda yang datang dalam pasangan –spectacles, pants, shoes
Singular nouns pula ialah untuk menunjukkan bilangan nouns ialah tunggal dalam Countable Nouns. Dalam Uncountable Nouns pula ianya cuma dalam bentuk Singular dan tidak boleh dalam bentuk plural seperti sugars, cofees dan sebagainya.
1.5 Collective Nouns - Kata Nama Berkumpulan atau Penjodoh Bilangan Berkumpulan
Collective nouns pula ialah penjodoh bilangan untuk nouns yang banyak. Dalam bahasa Melayu kita pun turut menggunakannya seperti sesikat pisang, sekawan burung dan sebagainya. Bagaimanapun dalam bahasa Inggeris ianya lebih meluas seperti a herd of cattle, a swarm of bees, a troop of monkeys dan sebagainya.
Sila rujuk kepada buku Easy English yang ditulis oleh Nor Bi terbitan Karangkraf untuk senarai yang lengkap.
Nota – dalam collective nouns a herd of cattle, herd berfungsi sebagai nouns yang bermaksud “a group of cattle or sheep or other dmoestic mammals all of the same kind that are herded by humans”. Bagaimanapun dalam contoh colective nouns ini herd juga boleh berfungsi sebagai verb dimana ianya bermaksud –“cause to herd, or crowd together” e.g. The teacher herded the students into the classroom.
1.6 Posessive Nouns - Kata Nama Pemilikan
Possessive nouns bertujuan untuk menunjukkan yang sesuatu itu dimiliki atau dipunyai oleh sesuatu nouns itu dan ianya melibatkan:-
1. Penggunaan apostrophe s ( ’s )
2. Penggunaan apostrophe ( ‘ ) sahaja.
Bila anda patut gunakan apostrophe s ( ’s ) bila pula anda patut guna apostrophe ( ‘ ) sahaja?. Ada empat peraturan yang perlu anda ingat iaitu:-
1. Untuk singular nouns yang tidak mempunyai bunyi ‘hiss’ (seperti actress, conscience) dihujungnya- tambahkan (’s) kepada nouns itu seperti
Ali’s car, yusoff’s book, the student’s work dan sebagainya
Oleh itu kalau anda tambahkan ’s kepada sesuatu singular nouns seperti dalam Ali’s car ianya memberi maksud - kereta Ali ataupun kereta kepunyaan Ali.
2. Untuk singular nouns yang mempunyai bunyi ‘hiss’ (seperti actress, conscience) dihujungnya- tambahkan apostrophe (’) sahaja kepada nouns itu seperti

3. Untuk plural nouns yang mempunyai akhiran ‘s’ - Oleh kerana plural nouns sudah secara asalnya mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda cuma perlu tambahkan apostrophe ( ‘ ) sahaja kepada nouns itu seperti
the students’ car, the teachers’ building book, the dogs’ owner dan sebagainya.
4. Untuk plural nouns yang mempunyai itdak mempunyai akhiran ‘s’ seperti dalam irregular plural- Oleh kerana irregular plural nouns tidak mempunyai ’s’ dihujungnya maka anda perlu tambahkan apostrophe s ( ’s ) sahaja kepada nouns itu seperti
the children’s books, the women’s children dan sebagainya.
Diharap anda boleh memahami penerangan ringkas tentang nouns dalam topik ini.
Back To Basic English # 2 – Plural Nouns
Dalam bahasa Inggeris, apabila sesuatu nouns itu jumlahnya lebih dari satu maka ianya akan bertukar bentuk menjadi plural nouns. Bagaimanapun bukan semua nouns ada bentuk plural. Nouns yang berbentuk uncountable seperti smoke, fire, water hanya berbentuk singular sahaja.
Gunakan kamus yang bagus dan lengkap untuk membantu anda mengetahui samaada sesuatu nouns itu ialah countable nouns atau uncountable nouns. Kamus yang saya sarankan kepada pelajar-pelajar saya iaitu Kamus Oxford Englih-English- Malay meletakkan tanda U selepas countable nouns dan tanda C selepas uncountable nouns
Anda juga boleh menggunakan kamus untuk melihat bentuk plural untuk nouns2 tertentu tetapi perlu diingatkant bukan semua plural akan diberikan dalam kamus anda itu.
Anda mungkin sudah biasa dengan penggunaan ‘s’ dihujung sesuatu nouns untuk menunjukkan jumlah lebih dari satu tetapi ejaan plural nouns ini bukan sekadar menambahakn ‘s’ sahaja di hujung nouns itu. Ada beberapa bentuk plural nouns yang perlu anda ketahui seperti yang diterangkan berikut:
1. Kebanyakan nouns
Kebanyakan nouns cuma perlu tambah ‘s’ untuk menukarnya menjadi plural noun
Contoh
One book – two books; one cup – many cups; one sprout – several sprouts
2. Kebanyakan nouns yang berakhir dengan ch, sh, s, x, atau z
Cuma tambah -es
Contoh
1. One batch – two batches
2. A bush – several bushes
3. a bus – two buses
4. One box – two boxes
5. A buzz – several buzzes
3. Nouns yang berakhir dengan huruf vokal dan y
Cuma tambah -s
Contoh
one boy – two boys; one day – two days;
4. Nouns yang berakhir dengan huruf konsonan dan y
Tukarkan ‘y’ menjadi ‘ ies’
Contoh
one baby, two babies; one country, two countries;
Huruf konsonan = huruf2 yang bukan a,e,i,o,u
5. Kebanyakan nouns yang berakhir dengan f atau fe
Tukarkan akhiran -f atau -fe , buangkan -f atau –fe itu dan tambahkan -ves
Contoh
one elf – two elves; one loaf – many loaves; one thief – several thieves
Pengecualian
A chief – two chiefs, one cliff – several cliffs. Lain2 - belief, sheriff, hoof, roof
6. Kebanyakan nouns yang berakhir dengan o
Cuma tambah -s
Contoh
one kangaroo – two kangaroos; one piano – two pianos; one video – two videos
7. Sesetengah nouns yang berakhir dengan o
Tambah -es di akhir perkataan itu.
Contoh
one hero, two heroes; one potato, two potatoes; one volcano, two volcanoes
8. Nouns yang betukar bentuk bila dalam bentuk Plural
Anda perlu tahu bentuk plural nouns ini.
1. a child – two children
2. one man – many men
3. a woman – several women
4. one mouse – a couple of mice
5. a person – many people
9. Nouns yang memang dalam bentuk Plural
Ini adalah nouns yang memang dalam bentuk plural oleh kerana ianya adalah dalam pasangan ( in pairs)
1. trousers
2. pants
3. spectacles
4. jeans
5. chopsticks
6. binoculars
7. gogles
9. Nouns yang tidak berubah untuk bentuk Plural
Ini adalah nouns yang memang dalam bentuk plural nay sama dengan bentuk singularnya.
1. one sheep – two sheep
2. a fish – several fish (bentuk lama ‘fishes’ masih boleh digunakan)
3. a cod – many cod
Nota – Penggunaan Verb dengan nouns ini adalah bergantung kepada samaada ianya digunakan sebagai singular atau plural.
1. One sheep is missing – Menggunakan Verb ‘is’ oleh kerana sheep dalam ayat ini merujuk kepada seekor sahaja sheep (singular)
2. Two sheep are missing – Menggunakan Verb ‘are’ oleh kerana sheep dalam ayat ini merujuk kepada dua ekor sheep (plural kerana kuantiti lebih daripada satu)
============ ========= ========= ========= ========= ======
Back To Basic English # 3 – Pronouns
Penggunaan Pronouns Untuk Menggantikan Nouns
Dalam pelajaran kita sebelum ini, kita telah mempelajari tentang Nouns dan fungsinya dalam penulisan dan perbualan Bahasa Inggeris. Dalam topik ini pula, kita akan mempelajari tentang pronouns pula yang berkait rapat dengan Nouns.
Dalam Nouns kita mengetahui yang fungsi utamanya ialah untuk menamakan:-
People
Place
Things
Animals
Abstract
Antara contoh-contoh nouns ialah Ali, Aminah, student, Kuala Lumpur, house, car, King Kong dan sebagainya.
Bagaimanapun biasanya dalam sesuatu ayat kita, kita tidak berterusan menggunakan nouns untuk menceritakan sesuatu sebaliknya menggantikannya dengan pronouns.Lihat contoh ayat dibawah :-
1. Puan Aminah is my teacher. She is a kind teacher. She lives in Puchong Utama.
Dalam ayat di atas, Puan Aminah ialah nouns yang akan disebutkan di permulaan ayat. Bagaimanapun perhatikan yang dalam atay-ayat berikutnya Puan Aminah digantikan dengan She. She dalam ayat inilah satu pronouns dan fungsinya menggantikan Puan Aminah. Anda perhatikan juga adalah tidak praktikal untuk berterusan menggunakan Puan Aminah dalam ayat seperti berikut:
Puan Aminah is my teacher. Puan Aminah is a kind teacher. Puan Aminah lives in Puchong Utama.
Dalam ayat 2. penggunaan Puan Aminah sebenarnya boleh digantikan dengan ‘She’ seperti dalam ayat 1. dan anda dapat menjimatkan penggunaan perkataan dengan menggunakan “she’’ dan bukan “Puan Aminah”
Pronouns ‘she’ seperti yang digunakan di atas ialah Subject Pronouns atau “Pelakon Utama” dalam ayat ini kerana “she” merujuk kepada orang yang melakukan sesuatu perbuatan itu. Lain-lain Subject Pronouns ialah :-
Subject pronoun
I
you
she
he
it
we
they
Subject pronouns biasanya terletak di bahagian awal sesuatu ayat itu dan merekalah yang membuat sesuatu perbuatan itu. (the DOER of the action).
Oleh itu, jika anda gunakan sesuatu pronouns itu sebagai subject dalam sesuatu ayat, maka anda perlu gunakan subject pronouns dan bukannanya object pronouns.
Penggunaan pronouns yang bettul sebagai subject dalam sesuatu ayat:-
I saw Ali yesterday. – Penggunaan yang betul.
Me saw Ali yesterday. – Penggunaan yang salah kerana anda menggunakan ‘me’ yang merupakan object pronouns sebagai subject.
Adalah salah juga jika anda menggunakan nama anda sendiri sebagai pronouns. Sebagai contoh, jika nama saya Yusoff, maka adalah salah jika saya menggunakan nama saya sebagai pronouns seperti berikut:-
Yusoff went to Kuala Lumpur yesterday. –Penggunaan yang salah
Penggunaan nama anda sendiri seperti yang telah saya buat dalam ayat di atas boleh mengelirukan orang lain oleh kerana nama Yusoff itu sebenarnya cuma digunakan sebagai Third person nouns iaitu Kata Nama pihak ketiga yang kita gunakan untuk menamakan pihak ketiga dalam perbualan kita.
Satu lagi jenis pronouns ialah Object Pronouns atau “Pelakon Tambahan” dalam sesuatu ayat itu. Object pronouns biasanya terletak di bahagian tengah atau belakang sesuatu ayat itu dan merekalah yang menerima sesuatu perbuatan (Receiver of an action) yang di lakukan oleh Subject Pronouns.
Object pronoun
me
you
her
him
it
us
them
3. I met Aishah yesterday. I gave her my book.
Dalam ayat di atas, I ialah subject pronouns kerana I lah yang melakukan perbuatan itu ( Perbuatannya ialah ‘met’ dan ‘gave’) . her dalam ayat kedua itu pula ialah pronoun yang digunakan untuk menggantikan noun Aishah dalam ayat pertama itu. Oleh kerana her itu merupakan orang yang menerime perbuatan itu (gave) maka ianya adalah Object Pronoun.
Adalah salah untuk anda menggunakan Subject Pronoun dalam ayat kedua itu seperti berikut:-
4 I met Aishah yesterday. I gave she my book.
Perhatikan yang dalam ayat 4. she digunakan dan ini adalah penggunaan pronoun yang tidak tepat oleh kerana she ialah subject pronoun dan tidak boleh digunakan dalam ayat di atas ini.
Oleh itu anda perlu ingat apa itu fungsi Pronouns dan perlu berhati-hati menggunakan Object Pronoun dan Subject Pronoun
***Nota penuh tentang Pronouns ini diberikan kepada mereka yang join Kelas English Online dan lain-lain aspek pronoun yang diterangkan termasuklah Possessive Pronoun dan apa perbezaanya dengan Possessive Adjective.
Kursus Fundamentals of English Communication saya akan bermula Sabtu ini di Puchong.
**Sila layari laman web saya di www.knowledgecentre .wordpress. com untuk tips dan artikel percuma tentang bahasa Inggeris.